10 PEMIKIRAN SEORANG JUTAWAN.
1.Mempunyai matlamat & tujuan?/Goals untuk apa dia menjadi kaya.harus bagi seorang jutawan untuk mempunyai matlamat atau tujuan.kerana matlamat yang membuatkan kita lebih ghairah untuk terus komited meneruskan perjuangan.
2.Berfikiran besar dan jauh tentang hidup.sebagai orang islam kita harus tahu bahawa TIADA APA YANG MUSTAHIL dengan izin Allah.Rezeki Allah terlalu luas untuk kita berfikiran sempit dan bersikap malas.
3.Berani mengambil risiko.Seorang jutawan sangat menitikberatkan risiko.kerana risiko yang besar akan membawa pulangan yang besar sama ada untung atau rugi.
4.berfikiran besar, luas dan jauh.seorang jutawan tidak akan menjadi jutawan jika pemikirannya sempit.kerana Bagi seorang jutawan tiada apa yang mustahil dicapai jika ada kemahuan dan tindakan.berbeza dengan orang biasa yang meletakkan batas dalam hidupnya untuk mencapai sesuatu.
5.Tidak pernah berputus-asa.pantang bagi seorang jutawan untuk berputus-asa kerana sikap ini menyebabkan apa yang diimpikannya selama ini tidak ada harapan untuk dicapai.
6.Keyakinan yang tinggi.Seorang jutawan mempunyai sifat keyakinan yang tinggi dan tahu dia akan berjaya.
7.Tidak takut gagal.seorang jutawan tidak takut gagal kerana kegagalan adalah sebahagian daripada hidup,kerana jika anda tidak gagal anda tidak akan dapat belajar.Jika anda tidak dapat belajar anda tidak akan berubah dan tanpa perubahan tiadalah peningkatan.
8.Sentiasa belajar.seorang jutawan sentiasa belajar sesuatu kerana mereka tahu mereka sentiasa perlu pengetahuan.Berbeza dengan orang "small minded" yang menyangka mereka telah tahu dan telah banyak makan garam berbanding orang lain.
9.Tidak bertangguh.bertangguh adalah sifat yang membawa malang jadi
seorang jutawan tidak akan bertangguh dalam sesuatu perkara kerana sikap itu
hanya melambatkan dia untuk mencapai impian yang telah ditetapkan.
10.Disiplin,kerja keras dan komitmen.Tiga perkara yang nampak mudah tapi memberi kesan besar.Jutawan hanya mampu berangan jika tiga sikap ini tidak ada dalam diri.
Jadi itu saja untuk masa ini,ingat jika anda rasa susah untuk menjadi senang maka tanggunglah seksa menjadi susah.
10.Disiplin,kerja keras dan komitmen.Tiga perkara yang nampak mudah tapi memberi kesan besar.Jutawan hanya mampu berangan jika tiga sikap ini tidak ada dalam diri.
Jadi itu saja untuk masa ini,ingat jika anda rasa susah untuk menjadi senang maka tanggunglah seksa menjadi susah.

No comments:
Post a Comment