Saturday, 2 July 2016

Jenis Pelabur Hartanah


Ramai pelabur hartanah membeli aset semata-mata untuk menjual semula. Mereka membeli pada harga rendah dan menjual semula pada harga tinggi. Mereka melabur untuk mendapat keuntungan modal (capital gain) hasil dari kenaikan nilai aset tadi. Untuk pelabur kategori ini dikenali sebagai flipper.

Kategori pelabur yang satu lagi ialah mereka yang membeli hartanah kemudian menyewakannya untuk satu jangka masa yang panjang, sebelum menjual semula atau mewariskan kepada generasi seterusnya. Pelabur jenis ini mendapat income dari - (i) pendapatan sewa; (ii) pelunasan pinjaman hartanah (pengurangan hutang pinjaman dengan bank hasil dari duit sewa); dan (iii) kenaikan nilai aset.

Menjadi seorang flipper atau sebaliknya bergantung kepada strategi pelaburan seseorang, jenis dan harga hartanah, serta jenis permintaan dan keadaan persekitaran lokasi hartanah terbabit.

Friday, 1 July 2016

10 PEMIKIRAN SEORANG JUTAWAN.




1.Mempunyai matlamat & tujuan?/Goals untuk apa dia menjadi kaya.
harus bagi seorang jutawan untuk mempunyai matlamat atau tujuan.kerana matlamat yang membuatkan kita lebih ghairah untuk terus komited meneruskan perjuangan.

2.Berfikiran besar dan jauh tentang hidup.
sebagai orang islam kita harus tahu bahawa TIADA APA YANG MUSTAHIL dengan izin Allah.Rezeki Allah terlalu luas untuk kita berfikiran sempit dan bersikap malas.

3.Berani mengambil risiko
.Seorang jutawan sangat menitikberatkan risiko.kerana risiko yang besar akan membawa pulangan yang besar sama ada untung atau rugi.

4.berfikiran besar, luas dan jauh.seorang jutawan tidak akan menjadi jutawan jika pemikirannya sempit.kerana Bagi seorang jutawan tiada apa yang mustahil dicapai jika ada kemahuan dan tindakan.berbeza dengan orang biasa yang meletakkan batas dalam hidupnya untuk mencapai sesuatu.

5.Tidak pernah berputus-asa.pantang bagi seorang jutawan untuk berputus-asa kerana sikap ini menyebabkan apa yang diimpikannya selama ini tidak ada harapan untuk dicapai.

6.Keyakinan yang tinggi.Seorang jutawan mempunyai sifat keyakinan yang tinggi dan tahu dia akan berjaya.

7.Tidak takut gagal.seorang jutawan tidak takut gagal kerana kegagalan adalah sebahagian daripada hidup,kerana jika anda tidak gagal anda tidak akan dapat belajar.Jika anda tidak dapat belajar anda tidak akan berubah dan tanpa perubahan tiadalah peningkatan.

8.Sentiasa belajar.seorang jutawan sentiasa belajar sesuatu kerana mereka tahu mereka sentiasa perlu pengetahuan.Berbeza dengan orang "small minded" yang menyangka mereka telah tahu dan telah banyak makan garam berbanding orang lain.

9.Tidak bertangguh.bertangguh adalah sifat yang membawa malang jadi seorang jutawan tidak akan bertangguh dalam sesuatu perkara kerana sikap itu hanya melambatkan dia untuk mencapai impian yang telah ditetapkan.

10.Disiplin,kerja keras dan komitmen.
Tiga perkara yang nampak mudah tapi memberi kesan besar.Jutawan hanya mampu berangan jika tiga sikap ini tidak ada dalam diri.
 
Jadi itu saja untuk masa ini,ingat jika anda rasa susah untuk menjadi senang maka tanggunglah seksa menjadi susah.

Monday, 9 November 2015

titian siratul mustaqim : Syurga atau neraka kelak? kumpul lah bekalan kita wahai saudara.



Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi Siratul Mustaqim, iaitu suatu titian atau jambatan yang terbentang di bawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
.
Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah  bersabda: “…dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, Selamatkan, Selamatkan!” (Hadis Riwayat Al-Bukhari r.a.)
.
.

Umat ​​Nabi Muhammad  Diseru

.
Allah سبحانه وتعالى menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk diperiksa dan lintaskan mereka pada Titian Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 5000 tahun perjalanan.”
.
Rasulullah  bersabda:

فيمر المؤمنون كطرف العين وكالبرق وكالريح وكالطير وكأجاويد الخيل والركاب فناج مسلم ومخدوش مرسل ومكدوس في نار جهنم

“Orang-orang yang beriman akan melaluinya seperti kerdipan mata, dan ada yang seperti kilat, angin, burung, kuda yang baik dan unta. Maka merekalah yang selamat dan diselamatkan. Ada juga yang dicarik-carik lalu dilepaskan dan ada pula yang terjatuh ke dalam neraka Jahannam.” (Muttafaq ‘Alaih: al-Bukhari, 22/448, no. 6886. Muslim, 1/427, no. 269)
.
Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai Muhammad! Siapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada pelepasan dari Allah سبحانه وتعالى, maka dia akan selamat. Jika sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!”
.
Nabi Muhammad  bersabda kepada Malaikat Malik: “Wahai Malik Dengan izin Allahسبحانه وتعالى ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.”
.
Malaikat Malik memalingkan mukanya daripada umat Nabi Muhammad . Umat ​​Nabi Muhammad  telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku pada Titian Sirat ini!”
.
.

Keadaan Semasa Melintasi Titian Sirat

.
Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.
Kumpulan ke 2 melintasi seperti tiupan angin yang kencang.
Kumpulan ke 3 melintasi seperti kelajuan kuda lumba.
Kumpulan ke 4 melintasi seperti burung yang pantas.
Kumpulan ke 5 melintasi dalam keadaan berlari.
Kumpulan ke 6 melintasi dalam keadaan berjalan.
Kumpulan ke 7 melintasi dalam keadaan kerap berdiri dan duduk.
Kumpulan ke 8 menarik muka-muka mereka dengan rantai.
Kumpulan ke 9 dan ke 10 mereka ketinggalan di atas Titian Sirat dan tidak dibenarkan untuk menyeberang.
.

Keadaan kumpulan ke 7 – 10 semasa melintasi Titian Sirat:

.
Kumpulan ke Tujuh melintasi dengan keadaan kerap berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Nabi Muhammad  berhenti di atas Sirat. Setiap kali, Baginda melihat seorang dari umatnya bergayut pada Titian Sirat, Baginda akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.
.
Kumpulan ke Lapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk amalan, mereka akan menyeru: “Wahai Muhammad!” Nabi Muhammad  berkata: “Allah! Selamatkan mereka! Allah! Selamatkan mereka!”
.
Kumpulan ke Sembilan dan ke Sepuluh mereka tertinggal di atas Titian Sirat yang bagai rambut dibelah 7 itu sambil menahan kepanasan julangan api neraka yang sedia menunggu di bawah mereka dan tidak dibenarkan untuk menyeberangi kerana dosa-dosa besar mereka yang terlalu banyak.
.
.

Tangisan Kanak-Kanak

.
Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Jumlah dahannya tidak terkira melainkan Allah سبحانه وتعالى sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Ketika mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan ayah mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.
.
Hanya tinggal, anak-anak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring. Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku.”

Anak yang belum melihat ibu dan ayah mereka telah berkumpul. Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia.”

Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka.”

Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: “Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Ta’ala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka.”
.
Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Disebut “Tempat Teropong”. Kaki-kaki mereka akan tergantung di Titian Sirat.
.
Nabi Muhammad  melintasi Siratul Mustaqim bersama orang-orang yang soleh di antara yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya.
.
Apabila bendera Baginda mendekati pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan suara tangisan mereka. Rasulullah  bersabda: “Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?” Malaikat menjawab: “Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka.” Nabi bersabda: “Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah.”
.
Nabi Muhammad  memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan tetap di dalam rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Allah سبحانه وتعالى agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka.
.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah menyimpulkan bahawa:

والصراط منصوب على متن جهنم وهو الجسر الذي بين الجنة والنار يمر الناس على قدر أعمالهم فمنهم من يمر كلمح البصر ومنهم من يمر كالبرق ومنهم من يمر كالريح ومنهم من يمر كالفرس الجواد ومنهم من يمر كركاب الإبل ومنهم من يعدو عدوا ومنهم من يمشي مشيا ومنهم من يزحف زحفا ومنهم من يخطف خطفا ويلقى في جهنم . فإن الجسر عليه كلاليب تخطف الناس بأعمالهم فمن مر على الصراط دخل الجنة فإذا عبروا عليه وقفوا على قنطرة بين الجنة والنار فيقتص لبعضهم من بعض فإذا هذبوا ونقوا أذن لهم في دخول الجنة

“Ash-Shiraath dibentangkan di atas neraka jahannam, ia adalah titian di antara syurga dan neraka. Manusia melaluinya (meniti di atasnya) bersesuaian dengan kadar amal perbuatan mereka, di antara mereka ada yang melaluiya sepantas kerdipan mata, ada yang melaluinya seperti kilat, ada yang melaluinya selaju angin, ada yang melaluinya seperti larian kuda, ada yang melaluinya seperti menunggang unta, ada yang melaluinya dengan berlari, ada yang melaluinya dengan berjalan, dan ada yang melaluinya dengan merangkak. Di antara mereka ada yang disambar lalu dilemparkan ke dalam jahannam, kerana di titian tersebut terdapat besi pengait yang menyambar manusia bersesuaian dengan amalnya. Sesiapa yang berjaya melepasi titian siraath, dia masuk syurga. Apabila mereka telah melaluinya, maka mereka berhenti di jambatan di antara syurga dan neraka, lalu dilaksanakan qishash dari sebahagian untuk sebahagian yang lain. Apabila mereka telah disucikan dan dibersihkan, mereka diizinkan masuk syurga.” (al-Aqidah al-Wasithiyah)

INGATAN BERSAMA: dunia hanyalah sementara , akhirat itu kekal selamanya.Adakah kita mahu kekal didalam api neraka yang penuh siksaan atau kekal didalam syurga yang penuh kenikmatan?.

persoalan yang sering dikemukakan oleh manusia kepada Allah S.W.T dan dia menjawabnya di dalam al quran



Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap kejadian yang berlaku dimuka bumi dan kepada diri manusia semuanya mengandungi hikmah dan Allah S.W.T. Maha Mengetahui setiap apa yang diciptakan dan ditakdirkan-Nya.

Manusia perlu bersabar dan bertenang dan mencari kebaikan dan hikmah dibalik setiap peristiwa yang berlaku. Dari sinilah akan melahirkan jiwa yang reda dengan Qadak dan Qadar dan bersyukur di atas nikmat dan rahmat daripada Allah S.W.T.

Terdapat sembilan persoalan yang sering dikemukakan oleh manusia kepada Allah S.W.T. dan Dia menjawabnya di dalam al-Quran.

Soalan pertama : Kenapa aku diuji?

Quran menjawab : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut ayat 2-3).

Setiap ujian yang ditimpakan oleh Allah S.W.T. kepada para hamba-Nya sebenarnya Dia ingin mengurniakan sesuatu ganjaran yang lebih besar dan lebih baik. Allah S.W.T. akan menghapuskan dosa-dosanya dan memberi ganjaran pahala yang besar. Di hari akhirat nanti tidak ada balasan yang lebih baik melainkan mendapat balasan syurga.

Soalan kedua : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
(Surah al-Baqarah ayat 216)

Sseungguhnya sesuatu perkara itu hakikat sebenarnya Allah Maha Mengetahui. Baik atau buruk sesuatu perkara itu ianya adalah di dalam ilmu Allah. Yakinilah jika sesuatu doa atau hajat tidak ditunaikan-Nya ada sesuatu yang lebih baik akan diberi Allah S.W.T. sebagai penganti apa yang kita hajatkan. Jika tidak dapat di dunia, nanti di hari akhirat Dia akan memberikannya kepada kita, oleh itu berbaik sangkalah kepada-Nya.

Soalan ketiga : Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab : "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
(Surah al-Baqarah ayat 286)

Allah S.W.T. Maha Mengetahui kemampuan kita sebagai hamba-Nya yang kerdil, oleh itu apa sahaja yang berlaku keatas diri kita sebenarnya masih dibawah kemampuan kita untuk menghadapinya. Anggaplah sesuatu ujian itu dengan fikiran yang positif dan cubalah renungkan bahawa terdapat orang lain yang lebih berat menghadapi ujian daripada kita maka dengan itu akan terasa beban yang ditanggung akan menjadi lebih ringan.

Soalan keempat : Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab : "Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman".
(Surah Ali Imran ayat 139)

Yakinlah sifat orang mukmin tidak akan rasa kecewa atau putus asa kerana orang mukmin akan sentiasa reda dengan Qadak dan Qadar. Jika kita merasai kita mulia di sisi Allah S.W.T. kerana kita orang yang beriman dan bertakwa maka akan hilang perasaan negatif ini.

Soalan kelima : Bagaimana harus aku menghadapi kesusahan ini?

Quran menjawab : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".
(Surah al-Baqarah ayat 45)

Benarlah saranan Allah S.W.T. bahawa sifat sabar dan sentiasa mengerjakan solat wajib dan sunat akan membantu orang mukmin ketika dia menghadapi ujian dan kesukaran dalam hidup. Dia akan melapangkan fikiran kita dan melepaskan daripada segala kesusahan ini jika kita istiqamah dengan bersabar dan menjadikan solat kerana solat adalah doa dan munajat para hamba kepada Tuhannya.

Soalan keenam : Kepada siapa aku berharap?

Quran menjawab : "Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal".
(Surah at-Taubah ayat 129)

Tidak ada tempat lain untuk kita bergantung dan memohon pengharapan hanya kepada Allah S.W.T. yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tuhan yang mengkabulkan segala doa dan permintaan.

Soalan ketujuh : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab : "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka".
(Surah at-Taubah ayat 111)

Tidak ada balasan yang paling berharga yang di miliki oleh manusia yang bertakwa melainkan balasan syurga seluas langit dan bumi. Semua ujian yang dihadapai tidak akan sia-sia kerana Allah S.W.T. telah berjanji akan memberikan balasan syurga kepada siapa yang sanggup berjihad dijalan-Nya dengan harta, masa dan nyawa semata-mata mencari keredaan-Nya.

Soalan kelapan : Aku tak tahan dengan ujian ini!

Quran menjawab : "...dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir".
(Surah Yusuf ayat 12)

Orang mukmin tidak akan putus asa dengan rahmat Allah dan sentiasa bersabar dengan ujian yang melanda dirinya kerana sifat orang yang putus asa adalah sifat orang-orang kafir.

Soalan kesembilan : Sampai bila aku akan merana begini?

Quran menjawab : "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".
(Surah al-Insyirah ayat 5-6)

Benar apa yang dijelaskan oleh al-Quran bahawa setiap kesusahan itu akan ada kebahagiaan . Allah S.W.T. Maha Adil dan tidak pernah menganiaya hamba-hamba-Nya dan akan sampai pula masanya Dia akan memberi pertolongan dan memberi kemudahan. Ingatlah bahawa pertolongan Allah S.W.T. cukup dekat bila kita baik sangka dengan-Nya.

Sahabat yang dimuliakan,

Begitulah sembilan soalan dan semuanya telah diberi jawapan oleh al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran adalah mukjizat daripada Allah S.W.T kepada semua hamba-hamba-Nya. Apabila kita dapat memahami hikmah dibalik semua kejadian di dunia ini, maka hati kita akan menjadi tenang dan yakin dengan janji-janji Allah S.W.T. yang dinyatakan-Nya di dalam al-Quran.

Firman Allah maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".
(Surah Al-Hadid ayat 22) 

Dalam ayat yang lain Allah berfirman maksudnya : "Tidak luput darpada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz). " (Surah Yunus ayat 61)


QUOTES: bergantunglah sepenuhnya kepada Allah , in sha Allah tenang ,senang dan lancar hidup kita . 

Monday, 3 August 2015

Tips yang berguna untuk diketahui

1. Mengatasi Masalah Semut
Semut kurang menyukai timun. Hanya perlu letakkan kulit timun di sarang semut atau di tempat laluan semut masuk kedalam rumah anda. Semut akan menjauhkan diri dari kulit timun tersebut.


2. Cara membuat ais yang bersih dan jernih
Senang jer, masak air tersebut sebelum dibekukan.


3. Membersihkan cermin sehingga berkilau
Bersihkan cermin menggunakan alkohol.


4. Membersihkan gula getah (chewing gum) daripada pakaian
Letak pakaian itu dalam peti sejuk sekurang-kurangnya satu jam.


5. Memutihkan baju putih
Rendam dalam air panas (jangan panas sangat) dengan separut limau selama10 minit.


6. Mendapatkan jus limau yang maksimum
Rendamkan limau dalam air panas selama 1 jam, kemudian perahkan jusnya.


7. Mengelak mata berair semasa memotong bawang
Potong bawang sambil mengunyah gula-gula getah.


8. Merebus kentang dengan cepat
Hiris separuh kulit kentang tersebut dalam satu sisi sahaja.


9. Menghilangkan kesan dakwat pada pakaian
Letakkan ubat gigi pada kesan dakwat. Tunggu sehingga ia betul-betul kering, kemudian basuh.


10. Menghalau tikus
Tabur lada hitam di tempat yang ada tikus. Tikus akan lari.

Saturday, 1 August 2015

akan datang!!bakal bangunan tertinggi dunia (Next tallest building)


Pada suatu ketika dahulu kita berbangga kerana KLCC pernah menjadi bangunan tertinggi di  dunia. Itu semua telah menjadi lipatan sejarah bagi kita kerana kini sudah banyak bangunan lain yang jauh lebih tinggi dari KLCC. Terbaru, negara Arab Saudi bakal merampas tahta ini. Pembangunan di sekitar Mekah dan Jedah Arab Saudi sedang berjalan dengan rancak. Menurut berita terkini, sebuah firma dari British telah berjaya memenangi kontrak untuk membangunkan salah satu bangunan yang bakal menjadi mercu tanda dan bangunan tertinggi di dunia iaitu Kingdom Tower di Jedah.
Ketinggian Kingdom Tower mencecah 1400 meter (1.4km). Jauh lebih tinggi dari bangunan KLCC dan bangunan tertinggi sedia ada kini.

Ketinggian Kingdom Tower berbanding bangunan-bangunan lain yang pernah menjadi bangunan tertinggi

Syarikat yang membina bangunan tertinggi di Eropah “the Shard” telah memenangi kontrak untuk membina The Kingdom Tower di Jedah.
Berikut adalah beberapa lakaran artist berkaitan Kingdom Tower yang bakal merampas tempat bagunan tertinggi di dunia.





perghhh...lpas ni ade lg..maklum lah manusia di akhir zaman akan berlumba bina bangunan tinggi2..

Realistic new LG tv prank!!



1.LG TV prank!!most realistic TV ever!!


2.LG elevator prank!!!