Monday, 3 August 2015

Tips yang berguna untuk diketahui

1. Mengatasi Masalah Semut
Semut kurang menyukai timun. Hanya perlu letakkan kulit timun di sarang semut atau di tempat laluan semut masuk kedalam rumah anda. Semut akan menjauhkan diri dari kulit timun tersebut.


2. Cara membuat ais yang bersih dan jernih
Senang jer, masak air tersebut sebelum dibekukan.


3. Membersihkan cermin sehingga berkilau
Bersihkan cermin menggunakan alkohol.


4. Membersihkan gula getah (chewing gum) daripada pakaian
Letak pakaian itu dalam peti sejuk sekurang-kurangnya satu jam.


5. Memutihkan baju putih
Rendam dalam air panas (jangan panas sangat) dengan separut limau selama10 minit.


6. Mendapatkan jus limau yang maksimum
Rendamkan limau dalam air panas selama 1 jam, kemudian perahkan jusnya.


7. Mengelak mata berair semasa memotong bawang
Potong bawang sambil mengunyah gula-gula getah.


8. Merebus kentang dengan cepat
Hiris separuh kulit kentang tersebut dalam satu sisi sahaja.


9. Menghilangkan kesan dakwat pada pakaian
Letakkan ubat gigi pada kesan dakwat. Tunggu sehingga ia betul-betul kering, kemudian basuh.


10. Menghalau tikus
Tabur lada hitam di tempat yang ada tikus. Tikus akan lari.

Saturday, 1 August 2015

akan datang!!bakal bangunan tertinggi dunia (Next tallest building)


Pada suatu ketika dahulu kita berbangga kerana KLCC pernah menjadi bangunan tertinggi di  dunia. Itu semua telah menjadi lipatan sejarah bagi kita kerana kini sudah banyak bangunan lain yang jauh lebih tinggi dari KLCC. Terbaru, negara Arab Saudi bakal merampas tahta ini. Pembangunan di sekitar Mekah dan Jedah Arab Saudi sedang berjalan dengan rancak. Menurut berita terkini, sebuah firma dari British telah berjaya memenangi kontrak untuk membangunkan salah satu bangunan yang bakal menjadi mercu tanda dan bangunan tertinggi di dunia iaitu Kingdom Tower di Jedah.
Ketinggian Kingdom Tower mencecah 1400 meter (1.4km). Jauh lebih tinggi dari bangunan KLCC dan bangunan tertinggi sedia ada kini.

Ketinggian Kingdom Tower berbanding bangunan-bangunan lain yang pernah menjadi bangunan tertinggi

Syarikat yang membina bangunan tertinggi di Eropah “the Shard” telah memenangi kontrak untuk membina The Kingdom Tower di Jedah.
Berikut adalah beberapa lakaran artist berkaitan Kingdom Tower yang bakal merampas tempat bagunan tertinggi di dunia.





perghhh...lpas ni ade lg..maklum lah manusia di akhir zaman akan berlumba bina bangunan tinggi2..

Realistic new LG tv prank!!



1.LG TV prank!!most realistic TV ever!!


2.LG elevator prank!!!


fakta ajaib tapi mintak pelempang jepun



25 Fakta Percaya Atau Tidak Yang Lawak

  1. Ikan parang tidak boleh digunakan untuk menebang pokok.
  2. Walau maju macam mana sekali pun Pekan di Pahang tetap akan disebut Pekan.
  3. Air sebenarnya tidak boleh dicincang tetapi boleh ditarik,contohnya teh tarik.
  4. Satu2 benda tidak hidup dan tidak bernyawa tapi boleh melahirkan adalah surat beranak.
  5. Sumbu yg ada pada badak sumbu tidak boleh dicucuh dan menyala.
  6. Kawasan yang mempunyai ibu tunggal yang boleh di percayai adalah di Janda Baik.
  7. Tempat tertinggi di Malaysia bukannya di Gunung Kinabalu tetapi Kota Tinggi di Johor.
  8. Burung tukang tidak boleh di harap untuk membuat rumah.
  9. Selipar adalah panggilan yang betul sekiranya objek tersebut memiliki kedua-dua belah kiri dan kanan,penggunaan istilah Dualipar adalah salah dan tidak dibenarkan dalam Kamus Dewan.
  10. 10. Kakaktua tidak tahu yg dia sebenarnya saudara yg lebih tua dari adik2nya.
  11. Kastam belum lagi menggunakan anjing laut untuk menghidu dan mengesan dadah.
  12. Tempat paling kecil di Malaysia ialah Setapak.
  13. Kuda laut tidak boleh berlumba.
  14. Walaupun licin tetapi penduduk di Lumut tidak jatuh ketika berjalan.
  15. Pasir Mas di Kelantan tidak laku jika ada yg membawa ke pajak gadai
  16. Orang Malaysia adalah orang paling kuat kerana boleh makan benda keras contohhnya belimbing besi, ubi kayu, pisang emas, jambu batu, pucuk paku, ikan parang, tongkat ali dan banyak lagi.
  17. Kehidupan jehan miskin belum pernah ditayangkan dlm siri bersamamu.
  18. Air dicincang takkan putus tapi kalau dipotong bekalan air akan terputus jua.
  19. Walaupun tempat yang dinamakan Batang Berjuntai, belum pernah lagi nampak lelaki disana berjalan dengan batang berjuntai. Semua pakai seluar.
  20. Utk pengetahuan anda semua.udang galah x blh mengait apa2 buah.
  21. Walaupun kereta yg tiba2 keluar simpang dengan mengejut didepan anda,anda tidak panggil kereta itu kereta tapi babi.
  22. Tahukah anda...katak pisang tidak boleh dimakan.
  23. Kota sarang semut di kedah majoriti penduduknya adalah manusia.
  24. Walaupun semua spesis bunga bila disiram subur ada satu jenis yg disiram mati, - Bunga Api
  25. Tahi lalat boleh dibawa ketika solat walaupon ia meresap kedalam kulit.

lawak santai





Alkisah 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..



Alkisah 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka
pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????


alkisah 3

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


alkisah 4

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..


Alkisah 5

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”


Alkisah 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”


Alkisah 8


Seorang pegawai pol
is masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…


harap dapat kendur kan urat yg dkat blakang tengkuk tu .. :D